Tips

TIPS TINGKATKAN METABOLISME

1) Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya  1,000 kalori setiiap hari.
2) Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap sekurang-kurangnya setiap empat hingga lima jam.
3) Ambil protein setiap kali makan.
4) Pastikan mengambil sarapan secara tetap dalam masa 2 jam selepas bangun tidur.
5) Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


LANGSING DENGAN NOMBOR

1 SENDUK NASI
Satu senduk nasi memadai untuk anda yang berdiet. Selebihnya lebihkan lauk-pauk berbentuk sayur,sup serta makanan bakar dan rebus yang sihat.

2 BIJI EPAL SEHARI
2 biji epal sudah cukup memadai untuk membekalkan serat dan karbohidrat semulajadi kepada tubuh. Ambil sebiji antara jam 10-12 tengahari dan sebiji lagi sekitar jam 3 petang.

3 KEPING ROTI
3 keping roti tanpa sapuan jam sangat disarankan. minumlah bersama segelas milo atau susu panas yang segar,

5 MINIT TARIK NAFAS
Menarik nafas dalam-dalam boleh meredakan 'stress' serta melancarkan peredaran darah tubuh.

10 MINIT REGANGAN
Mulakan senaman lengkap anda dengan aktiviti regangan dan pemanasan badan. Mulakan dari bahagian kepala hingga ke bahagian kaki.

25 KALI SIT UP
Sit up bukan sekadar untuk tenaga dan kesihatan maksima tetapi paling utama ia memberi kekuatan kepada otot di bahagian perut serta mampu mengurangkan masalah perut buncit.

100 METER RENANG
Berenang ialah aktiviti paling banyak melibatkan tenaga selain berbasikal dan aktiviti fizikal lain. Aturkan jadual untuk berenang bersungguh setiap 2 kali seminggu. Memadai dengan hanya 50 meter ulang alik.

8 GELAS AIR KOSONG
Air sebenarnya membantu melancarkan perjalanan sistem tubuh badan dengan baik. Jumlah pengambilan air bergantung kepada berapa banyak pergerakan fizikal, jantina dan usia seseorang individu.

9 ANAK TANGGA
Setiap kali lepas makan tengahari atau malam.carilah mana-mana anak tangga berdekatan. Anak tangga dengan jumlah 9 tapak lebih berbaloi untuk anda yang benar-benar mahu kurus. Naik tangga dengan pantas dalam kiraan 10 saat sahaja. Lakukan turun naik ini sebanyak 3 set.

JAM 10 UNTUK MAKAN
Waktu paling disarankan untuk makan ialah sekitar jam 7. Ketika ini tubuh mula keletihan akibat penggunaan tenaga di siang hari, malah jangka waktu untuk tidur jugajauh. Sekurang-kurangnya berilah 2 jam peruntukan waktu sebelum anda tidur untuk menurunkan makanan ke perut serta sempat menggunakannya untuk aktiviti lain.

2 GELAS SUSU SETIAP HARI
Selain membekalkan protein dan kalsium, susu juga mampu mengenyangkan malah menguatkan struktur tulang. Segelas di waktu pagi dan segelas lagi sebelum tidur.

1 GELAS JUS
Jus paling banyak menyediakan serat untuk tubuh selain buah-buahan dan sayur-sayuran hijau lain. Percaya atau tidak, segelas jus cukup membuat perut kenyang.

28 HARI ATUR PEMAKANAN SIHAT
28 hari berdiet anda sudahpun mula menampakkan hasilnya pada tubuh. Namun syaratnya anda melakukan aturan makanan yang disarankan ini. Sarapan dengan hanya buah-buahan seperti limau, epal, dan nenas dan tengahari pula hanya dengan semangkuk sup, dua pertiga sayur dan ikan serta kentang. Malamnya anda boleh memilih untuk mengambil hidangan berprotein tinggi seperti ikan, daging dan telur.

14 CAWAN TEH HIJAU SEMINGGU
Selain membuang toksin tubuh, teh hijau juga langsung tidak mengandungi sebarang kalori. Ia juga mengenyangkan dan mencegah perut dari merasa lapar.

50 KALI SKIPPING
Mahu kurus bukan hanya sekadar mengawal pemakanan, paling utama senaman yang bersungguh-sungguh dan lakukan dengan aturan yang tepat tanpa henti. Paling mudah dan menjimatkan lakukan skipping setiap hari. 50 kali setiap hari amat memadai untuk mengeluarkan peluh.










FALSAFAH ILHAMMIE ENTERPRISE

About Me

My photo
Johor, Malaysia
Enjoy writing, sharing tips and love anything Beauty. Business Mom. Contact me at Ilhammie@hotmail.com

Followers

Importance in Life

Faith Love Peace