Kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak 3

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengemaskinikan blog saya ini. Maklumlah sibuk dengan tugasan seharian yang menuntut lebih perhatian dari saya. Apatah lagi cuaca tidak menentu, mudah sahaja dua orang heroku jatuh sakit. Kita sambung tajuk yang kita perbincangkan sebelum ini iaitu 15 kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak.

6) Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

7) Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di depan anak-anak.

8) Susunan rumah tangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9) Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribafah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10) Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11) Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12) Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang daripada ibu bapanya.

13) Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14) Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton sama ada dari tv ataupun video. Pengawasan penting kerana kebanyakan rancangan menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbuatan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15) Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Diharap segala kesilapan yang telah diberikan di sini dapat menjadi panduan buat kita bersama dalam mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

FALSAFAH ILHAMMIE ENTERPRISE

About Me

My photo
Johor, Malaysia
Enjoy writing, sharing tips and love anything Beauty. Business Mom. Contact me at Ilhammie@hotmail.com

Followers

Importance in Life

Faith Love Peace