Kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak 2

2) Banyak memberi belaian
Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit-bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4) Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5) Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan yang berikutnya akan dibincangkan di lain masa. Semoga ia akan dapat menjadi panduan untuk ibu bapa di negara kita.

Belia Kreatif

Tajuk Al-Kuliyyah petang tadi amat menarik 'belia kreatif'. Sedia maklum belia sekarang memang kreatif tapi ke arah yang negatif. Ini amatlah mengecewakan. Namun begitu sama-samalah kita muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Saya juga tertarik dengan cadangan Ustaz Zahazan untuk membaca sebuah novel yang berjudul Tragedi Cinta Taj Mahal nukilan Aneesah Aliyyah. Insyaallah ada rezeki novel ini pasti akan saya miliki.

Kesilapan Ibu-bapa Mendidik Anak

Dah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu. Terdengar suara seorang gadis mendayu-dayu berkaraoke membuatkan hati terpanggil untuk menulis. Setiap jumaat inilah suara yang kudengar. Malang betul nasib si gadis. Usianya baru mencecah 17 tahun tetapi sudah behenti sekolah sejak di tingkatan 4 lagi. Apa nak jadi sudahlah tiada ilmu di dada, perangainya Ya Allah menjolok mata.Pernah seorang jiran menegur perlakuannya tetapi ditempelaknya. Emak si gadis hanya diam seribu bahasa melihatkan anaknya berbicara kurang sopan dengan orang yang lebih tua darinya. Inilah fenomena yang dasyat melanda orang melayu yang mengaku dirinya islam.
Bukan mahu mengata atau menambah dosa cuma ingin mengingatkan ibu-bapa. Sedarlah sebelum terlambat. Saya pun punya 2 orang anak yang masih kecil dan tidak pasti akan masa depannya. Tapi selagi ada hayat dikandung badan saya akan mendidik anak2 dengan sebaik mungkin. Insyaallah...
Melentur rebung biarlah dari rebungnya. Mengapa kita gagal mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna???Persoalan itu bermain-main di minda sampai saya ketemu satu artikel di dalam majalah mingguan wanita keluaran 19-25 Mei 2006. Artikel itu bertajuk 15 kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak.

1) Kurang Berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) istighfar doa memohon rahmat (Al Quran Surah Ali 'Imran 3:8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al Quran Surah Ali 'Imran, 3:38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (Al Quran Surah Al Baqarah,2:128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al Quran Surah Al Furqan, 25:74)

Kesilapan yang berikutnya akan dibincangkan di lain masa.


Pustaka Maya Ilhammie

Al-hamdulillah, impian saya untuk memiliki sebuah kedai buku akhirnya tercapai. Memang sejak dari kecil saya suka membaca. Sehinggakan pernah ibu dan ayah menegur "Mie tak ingat makan ke?". Kerana terlalu asyik dengan buku saya seakan-akan lupa. Terlalu asyik dengan dunia sendiri.
"Wear the old coat and buy the new book" - Austin Phelps
Minat membaca di kalangan masyarakat amatlah kurang. Kita mesti fikirkan cara bagaimana menanamkan sikap minat membaca. Lebih-lebih berkaitan ilmiah. Saya amat terkejut apabila mendapati buku ilmiah kelauaran telaga biru memberi pendekatan yang santai dan mesra pembaca. Kulit hadapan sahaja sudah mampu menarik minat apatah lagi isi kandungannya. Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadi seorang insan yang lebih berilmu.

WELCOME TO PUSTAKA MAYA ILHAMMIE (www.stormreaders.net/ilhammie)

FALSAFAH ILHAMMIE ENTERPRISE

About Me

My photo
Johor, Malaysia
Enjoy writing, sharing tips and love anything Beauty. Business Mom. Contact me at Ilhammie@hotmail.com

Followers

Importance in Life

Faith Love Peace