Kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak 3
Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengemaskinikan blog saya ini. Maklumlah sibuk dengan tugasan seharian yang menuntut lebih perhatian dari saya. Apatah lagi cuaca tidak menentu, mudah sahaja dua orang heroku jatuh sakit. Kita sambung tajuk yang kita perbincangkan sebelum ini iaitu 15 kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak.
6) Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
7) Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di depan anak-anak.
8) Susunan rumah tangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9) Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribafah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10) Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11) Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12) Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang daripada ibu bapanya.
13) Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14) Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton sama ada dari tv ataupun video. Pengawasan penting kerana kebanyakan rancangan menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbuatan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15) Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Diharap segala kesilapan yang telah diberikan di sini dapat menjadi panduan buat kita bersama dalam mendidik anak-anak untuk menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
10:35 PM | Labels: didikan anak-anak | 0 Comments
Kesilapan ibu bapa mendidik anak-anak 2
Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit-bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3) Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4) Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5) Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
Kesilapan yang berikutnya akan dibincangkan di lain masa. Semoga ia akan dapat menjadi panduan untuk ibu bapa di negara kita.
7:09 AM | Labels: didikan anak-anak | 0 Comments
Belia Kreatif
![](http://3.bp.blogspot.com/_jFpGLf_rM8k/S-1-hB0_2sI/AAAAAAAAALA/W3Ghe_BndCs/s200/tragedi+cinta+taj+mahal.jpg)
![](file:///C:/DOCUME%7E1/Fuziah/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.png)
![](file:///C:/DOCUME%7E1/Fuziah/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-2.png)
9:36 AM | Labels: Stormreaders | 0 Comments
Kesilapan Ibu-bapa Mendidik Anak
1) Kurang Berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) istighfar doa memohon rahmat (Al Quran Surah Ali 'Imran 3:8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al Quran Surah Ali 'Imran, 3:38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (Al Quran Surah Al Baqarah,2:128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al Quran Surah Al Furqan, 25:74)
Kesilapan yang berikutnya akan dibincangkan di lain masa.
1:14 AM | Labels: didikan anak-anak | 0 Comments
Pustaka Maya Ilhammie
WELCOME TO PUSTAKA MAYA ILHAMMIE (www.stormreaders.net/ilhammie)
12:26 AM | Labels: Stormreaders | 0 Comments
Jualan Produk Kesihatan
Namun produk yang sesuai dengan saya tidak semestinya menepati dengan citarasa anda. Manusia diciptakan bersuku-suku dan berbeza-beza untuk kita saling memahami dan bergaul.
Marilah kita sama-sama berkongsi nikmat kehidupan, nikmat kecantikan dan kesihatan. Semoga kelebihan yang ada pada diri ini dapat dikongsi bersama. Sila lawati page 'Health' disini untuk mengetahui produk yang dicadangkan oleh saya. Dan sudah tentu ia dijual pada harga tawaran istimewa. Dan seperti biasa belanja 'Penghantaran Pos Percuma' dan tiada pembelian minima.
7:50 AM | Labels: Health | 0 Comments
Ilmu vs Harta
Acapkali berkunjung ke rumah rakan taulan, kita dihidangkan dengan hiasan set pinggan mangkuk, sistem audio visual terkini, tv gantung dsb. Kita tertanya-tanya dimanakah letaknya hidangan ilmu untuk santapan seisi rumah. Iklan di media massa pula mengagungkan kaedah terkini kecantikan lahiriah, jualan murah dan isu-isu kontroversi artis.
Dimanakah sikap masyarakat kita yang mengagungkan budaya membaca. Buku makin dipinggirkan. Program ilmiah makin disingkatkan. Perpustakaan pula lenggang. Saya teruja apabila didedahkan dengan program 'StormReaders'. Program ini disokong oleh ikon-ikon ilmiah terkenal tanahair. Satu sinar baru tentang budaya ilmu terpancar. Alhamdulillah.
6:59 AM | Labels: Knowledge, Stormreaders | 0 Comments
FALSAFAH ILHAMMIE ENTERPRISE
About Me
![My photo](http://3.bp.blogspot.com/_jFpGLf_rM8k/S8YVyedRROI/AAAAAAAAAFY/ECt2xYFlGXc/S220-s80/angah+pic+108.jpg)
- Fuziah Shah
- Johor, Malaysia
- Enjoy writing, sharing tips and love anything Beauty. Business Mom. Contact me at Ilhammie@hotmail.com
Labels
- didikan anak-anak (3)
- Health (1)
- Knowledge (1)
- Stormreaders (3)